Monday, September 28, 2009

ISA MASIH RELEVAN

  • Sejarah negara memperlihatkan bahawa penggunaan ISA bukanlah sesuatu yang baru. Sebarang tindakan yang dilakukan tidak lebih dari satu proses untuk mententeramkan keadaan atau melindungi keselamatan negara. Ia merupakan tindakan pencegahan supaya kerajaan dapat memelihara negara daripada berlaku sesuatu yang tidak baik yang boleh menjejaskan keamanan.
  • Melalui ISA, sebarang gerakan dan tindakan yang bertujuan menimbulkan masalah kepada keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat dan negara umumnya dapat diatasi segera. Prof Madya Dr. Mohamed Mustapa Ishak, Pensyarah kanan politik Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata ISA terpaksa digunakan apabila ada perbuatan dilihat mampu mencetuskan ancaman kepada keselamatan negara. Selain itu turut menyatakan kenyataan sensitif oleh parti- parti politik terutama berkaitan dengan kaum bukanlah perkara baru, malah ia sudah berlaku sejak tahun 1969 dan sekiranya ahli politik berani bercakap soal demikian maka mereka juga harus bersedia menanggung risikonya. ISA diperlukan dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia di mana hubungan antara kaum masih rapuh dan sebarang tindakan bertujuan mencetuskan rasa ketakutan atau marah sesuatu kaum itu tentu akan menimbulkan reaksi balas daripada kaum lain. Atas sebab itu, ISA adalah bertujuan mencegah sesuatu daripada berlaku. Kerajaan tidak boleh tunggu sehingga keadaan tidak terkawal baru hendak bertindak.
  • Boleh dikatakan setiap negara memperkenalkan akta yang dapat melindungi keselamatan termasuk Amerika Syarikat yang memperkenalkan Akta Patriot, Akta Anti Pengganas dan sebagainya yang bertujuan menghalang sesuatu yang tidak baik berlaku.
  • ISA bukan sekadar menahan mereka yang terlibat secara langsung menimbulkan suasana yang boleh menghancurkan keamanan negara. Sebaliknya ia meliputi pelbagai kesalahan seperti pemalsuan wang syiling RM1, pemalsuan dokumen pengenalan, pemalsuan pasport rakyat China, penyeludupan pendatang asing tanpa izin serta terlibat dalam kumpulan Jemaah Islamiah, Daulah Islamiah, Pemisah Selatan Thailand dan Gerakan Militan Selatan Thailand.
  • ISA diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1960 bagi menggantikan Ordinan Darurat 1948 dan dikanunkan dalam tahun 1960 yang bertujuan meneruskan pelaksanaan ordinan itu untuk menjamin wujudnya suasana selamat dalam kehidupan rakyat di Tanah Melayu ketika itu. Kini ISA lebih merupakan akta yang mengenakan tindakan dan langkah-langkah pencegahan misalnya melalui penahanan pencegahan (preventive detention), pencegahan kegiatan subversif, penghapusan kegiatan yang bersifat ganas yang boleh menimbulkan suasana ancaman atau yang dianggap mengancam seseorang individu atau harta benda di mana-mana sahaja.
  • ISA digunakan untuk mencegah kegiatan yang bersifat politik diri dan yang cenderung memihak kepada musuh-musuh negara misalnya sewaktu zaman konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia (1963-1964), ancaman-ancaman subversif. ISA juga digunakan untuk membendung pergaduhan kaum ketika negara berhadapan Peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan gerakan pelajar dan petani di Baling pada 1974, Operasi Lalang 1987 berhubung isu kekuasaan dan politik ketuanan Melayu. Begitu juga dalam isu-isu berkaitan ajaran dan fahaman agama yang bertentangan dengan cara dan anutan sedia ada, kegiatan-kegiatan antipolitik pemerintah yang melampau misalnya melalui demonstrasi, kegiatan yang menimbulkan hasutan dan kegelisahan rakyat termasuk pendatang tanpa izin, salah guna kuasa berhubung urusan imigresen, pemilikan senjata api dan peluru tanpa permit/lesen dan lain-lain. Sehingga Mei lalu, seramai 10,711 orang ditahan di bawah akta itu. Tempoh tahanan pula mengikut keperluan tetapi ada juga yang ditahan dalam tempoh yang singkat setelah proses penyiasatan diperoleh.
  • Jelas sekali dalam keadaan-keadaan tertentu akta ini masih relevan dan diperlukan dalam mengawal suasana dalam negara. Harus diingat akta ini bukan semata-mata dikenakan ke atas orang politik sebaliknya ia tidak mengenal 'mangsa' sama ada kakitangan perkhidmatan awam, swasta, pelajar, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama dan sebagainya.
  • ISA merupakan warisan peruntukan undang- undang yang diwarisi sejak zaman penjajahan British. Akta ini mengalami pelbagai pindaan sejak diperkenalkan untuk menangani keganasan dan kekerasan bersenjata komunis pada zaman darurat. ISA dianggap begitu berkesan dalam menangani ideologi komunis yang diharamkan, zaman konfrontasi yang melibatkan ancaman dari negara luar dan membendung pergaduhan kaum dan isu-isu semasa yang memerlukan tindakan segera untuk meredakannya.Walaupun ia dianggap ketinggalan zaman oleh sesetengah pihak tetapi kerajaan menganggap ia masih relevan dalam perkembangan semasa. Ia dianggap satu peruntukan undang-undang yang boleh membawa kepada perimbangan kestabilan politik negara. ISA adalah satu bentuk undang-undang yang bertujuan mencegah perbuatan hasutan dan bukannya undang-undang punitif. Kita perlu mencegah aktiviti hasutan daripada berlaku di negara ini kerana ia akan memberi impak negatif kepada masyarakat dan negara. Kerajaan tidak berniat untuk menahan sesiapa sahaja dengan sengaja di bawah ISA sebaliknya mengambil tindakan mengikut keperluan dan masa jika ada sesuau yang benar-benar mengancam negara.
  • Kerajaan sudah memberi ruang kepada semua pihak dalam bercakap dan memberi pandangan tetapi mereka perlu berhati-hati dan memahami sekatannya. Kebanyakan parti politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang mahu akta ini dihapuskan tetapi pada masa yang sama, dalam keadaan tertentu, mereka juga pernah meminta akta itu digunakan untuk menahan orang-orang tertentu.
  • Ketika mendesak supaya ISA dikaji semula atau dihapuskan, mereka mendakwa ISA sudah tidak relevan, menafikan hak kebebsan bersuara dan hak asasi manusia, penahanan tanpa bicara. Tetapi tidak lama selepas desakan itu, mereka juga menyuarakan supaya ISA dikenakan terhadap individu tertentu berhubung beberapa isu yang dianggap boleh menggugat keselamatan negara.
  • Apabila timbul isu kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang dikatakan mendakwa orang Cina Malaysia pendatang di negara ini, Gerakan tampil dengan cadangan lain. Wanita Gerakan mahu Ahmad ditahan di bawah ISA. Pemimpin parti itu juga mahu Dewan Tertinggi BN mengambil tindakan di bawah akta hasutan atau mana-mana undang-undang berkaitan terhadap ahli politik parti komponen yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.Cadangan itu juga mendapat sokongan MCA dan ada di kalangan pemimpinnya yang mahukan Ahmad dikenakan tahanan di bawah ISA. Maknanya ISA tetap berguna. Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) juga pernah menggesa kerajaan supaya mengkategorikan kes-kes yang membabitkan gejala murtad sebagai kes yang mengancam keselamatan negara dan dibendung di bawah ISA. Bagi DPPK itu, serangan akidah dan keimanan umat Islam akan merebak dan berleluasa jika tidak dibendung. DAP juga pernah meminta polis mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan ISA ke atas pemimpin UMNO yang didakwa menjadi dalang demonstrasi haram di Komtar Pulau Pinang pada Mac lalu.
  • Begitulah bernilainya ISA walaupun dalam keadaan tertentu ada pihak termasuk pemimpin politik yang mahu tetapi malu untuk menunjukkan betapa perlunya ISA dalam menghadapi keadaan tertentu. Paling utama tentulah kerana tahap keselamatan negara belum membolehkan ISA dimansuhkan. ISA diwujudkan apabila ada di kalangan rakyat yang tidak mempedulikan undang-undang. Mereka berani mencetuskan huru-hara dan menimbulkan unsur-unsur yang boleh menimbulkan rusuhan. Mereka menggunakan undang-undang jalanan.

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Kepada semua rakan2......
Harap dimaafkan segala kesalahan yang lalu.
Buka buku baru.

Sunday, September 6, 2009

Ada Bonus Ke Ini Tahun?

Semua orang terutama kakitangan kerajaan ternanti-nanti samada bonus akan diberikan atau tidak. Merujuk kepada beberepa petunjuk mungkin ada dan mungkin "takde".
Sebab apa perlu diberikan:-
  1. Merupakan tahun pertama DSN (Datuk Seri Najid) menjadi PM. Jadi bagi membuktikan keprihatinan terhadap masyarakat sepertimana yang ditunjukkan sebelum ini dalam polisi-polisi kerajaan dia kena umumkan pemberian bonus atau paling tidak pemberian saguhati.
  2. Pemberian bonus akan menggerakan ekonomi yang mana orang akan berbelanja "gila2" sebagai persediaan menghadapi hari raya. Jadi ekonomi pun cantik la sikit sebelum belanjanwan nie.

Sebab tidak perlu bonus :-

  1. Tiap kali PRK rakyat pilih pembangkang.
  2. Semua tindakan yang diambil berkaitan ekonomi menunjukkan kerajaan takde duit. Duit dalam pasaran telah dipanggil untuk mengurangkan defisit dalam belanjawan nanti.

Khabar Angin :-

ada khabar angin dari putrajaya mengatakan duti tu telah di standby kan untuk pemberian bonus. cuma tunggu dari statement PM je..... sejauh mana kebenaran tidak dapat pula hamba pastikan....

walau apapun, samada dapat atau tidak, jangan lah terlalu mengaharap. amalkan perbelanjaan berhemah. Pasti cukup. Ukur lah baju di badan sendiri.....